Thursday, December 16, 2010

Doa Abah Buat Anaknya...


sejak dari hari ahad lagi aku sudah berada di rumah bang de...
tahniah bang de dengan kelahiran baby baru...semoga bertambahnya rezeki...
mak dan abah pun ade jugak di sini...

memandangkan bilik yang aku selalu guna kak de dan baby dah guna, so aku share la bilik dengan mak dan abah...

tadi aku tumpang solat maghrib di bilik abah...masa aku masuk bilik,
abah tengah baca yassin dan mak pula sedang baca doa...

ok aku pun solat la macam biasa...
kedudukan antara kami amat dekat pada masa tu...
mak di atas katil sambil berdoa sebab nak bagi ruang untuk aku berdating bersama DIA
abah duduk kat atas kerusi sambil berdoa memandangkan abah da tak mampu menunaikan solat macam biasa(abah da bertongkat so faham2 je la...)
aku berdiri di belakang abah sebab aku nk solat pade mase tu...

selapas abah selesai membace yassin, maka abah menadah tangan untuk berdoa..

oleh kerana kedudukan kami yang terlalu dekat, maka mampu mendengar setiap butir doa2 abah...

aku amat tersentuh...
dan aku hampir mengalirkan air mata pada ketika itu...

abah mintak sepaya abah diberi kesihatan agar tidak membebenkan keluarga
(abah tak pernah membebankan kami...cuma ALLAH nk bagi peluang untuk kami membalas jasa abah..)
abah mintak supaya dilimpahkan dengan rezeki...
(ALLAH sentiase bagi rezeki pada kita)
abah mintak supaya diberi kebahagiaan
(abah, kami sudah cukup bahagia bila kami ada abah sebagai ayah kami...)
abah mintak supaya kami bertemu di syurga nanti
(ya abah,kite akan berkumpul satu keluarga nnti...tak akan berpisah)
abah mintak agar anak kembarnya diberi kebijaksanaan..
abah mintak agar segala urusan anak kembarnya dipermudahkan..
abah mintak agar anak kembarnya dimurahkan rezeki..
abah mintak agar anak kembarnya diberi kesihatan..
abah mintak agar anak kembarnya dilindungi..
abah mintak agar anak kembarnya diberi jodoh yang terbaik..
abah mintak agar anak kembarnya dikasihi TUHAN
abah mintak agar anak kembarnya dipelihara
abah mintak agar anak kembarnya punyai pejalanan hidup yang lancar
abah mintak agar anak kembarnya menjadi anak yang solehah
abah mintak agar aku dan kembarku berjaye di dunia dan akhirat

abah akhiri doanya dengan selawat..

terima kasih abah...
cinta abah pada kami tak terbalas...
cinta abah pada kami amat tinggi harganya..
cinta abah akan selalu mendahului dari segala cinta di hati kami
cinta abah amat kami sanjungi..

doa abah terlalu berharga buat kami..
doa abah akan selalu tersemat di hati kami..
doa abah akan kami balas dengan kasih sayang yang tak terhingga..
doa abah amat kami hargai...

doa abah lebih tertumpu kapade anak kembarnya...
abah pernah kata pada aku...yang nama anak kembarnya tak pernah dilupakan ketika abah berada di sujud terakhir...

ALLAH akan selalu dengar doa abah...
sebab kami nak abah lihat kami berjaya..
kami nak abah peluk kami pada hari kejayaan kami..
kami nak abah senyum puas setelah abah tak putus-putus mendoakan kami..
kami nak abah menitiskan air mata bahagia pada hari kami mendapat sekeping kertas yang kami cita2kn
kami nak abah peluk kami sekuat mungkin depan semua orang bila kami diumumkan sebagai pelajar terbaik..
kami nk abah tampal senyuman bahagia di muka abah bila kami berjaya di dunia dan akhirat kami...

kami sayang abah...
sayang sangat..
lelaki pertama yang mendapat tempat dihati kami adalah abah..

cinta kami pada abah akan seteguh seperti perkataan H.A.R.I.S yang sentiasa ade bersama kami
kami tak pernah malu menjadi anak abah..
kami amat bangga dan bersyukur bila kami menjadi anak abah..

terima kasih kerana menjadi abah kami
kerana abah adalah ayah yang terbaik buat kami..
doa kami untuk abah juga tak pernah luput..
kami nak abah juga rase kejayaan kami...

Cinta kami terlalu tinggi buat abah...
Dan semestinya hari-hari adalah hari bapa buat kami...

Nukilan ini saya ambil dari tulisan diari kembar saya...(setelah mendapat kebenaran daripadanya)
terima kasih kerana sudi berkongsi...Afidah, mari kita sama-sama berusaha untuk kedua orang tua kita...cukup kita tahu dan lihat senyuman dibibir mereka...kerana mereka adalah syurga buat kita di dunia ini...

No comments: