Sunday, June 26, 2011

Bonda...

Mak...bagai terhenti seketika nadiku bila aku diberi tahu bahawa bondaku di masukkan ke hospital, acu syng sngt2 pada mak...syng yg tidak mmpu di menifestasikan melalui kata-kata...saban waktu acu brdoa meminta supaya mak diberi kesihatan yang baik untuk menempuhi hidup ini disamping kami..tapi kehendak tuhan, tak siapa yang mmpu mnghalang, jika DIA berkehendakkan untuk mmberi penyakit kepada kita maka sakit lah kita...begitu juga apa yang berlaku pada mak, satu ujian buat mak bila dia di uji dengan kesihatan yang tidak mngizinkan..malah ia juga ujian buat diriku serta ahli keluarga yang lain...


Mak sangat istimewa di mata dan di hati kami...dan keistimewaan itu mmbuatkan kami tidak snggup melihat mak menanggung kesakitan...jelas di mata kami melihat kesihatan mak yang semakin tidak mngizinkan, dan setiap kali itu hati ini sakit kerna tidak snggup melihat wajah insan yg sngt kami cintai ini dalam keuzuran...
Mak...seorang isteri yg trlalu baik buat suaminya, dalam sakit masih ada keinginan untuk mnjalankan tnggungjawabnya...mak tahu tak...abah menangis lepas solat brdoa supaya mak smbuh kmbali mcm sediakala...spnjang mak takde kt rumah, abah hanya diam dan brtutur hanya bila perlu, dan setiap kali brtutur... ada air mata yang mngiringi...dan sekali lagi hati acu perit sebab sedih melihat semua ni...sungguh...mak adalah pelengkap bagi hidup abah dan begitu juga sebaliknya...abah hanya berusaha mnjadi dirinya semula bila kesihatan mak semakin brtmbah baik...dan mak mnjadi pelakon terbaik, mnyimpan rasa sakit jauh dalam diri kerana dia tahu bahawa suaminya akan susah hati dan bimbang jika mak mmpamerkan rasa sakit itu...


Mak...cepat sembuh ye...acu sntiasa mndoakan untuk mak dalam sepanjang nafas acu...janji dengan acu mak...benarkan acu jaga mak selepas tamat study dan punyai kehidupan yg baik dan terjamin...janji dengan acu mak...mak kene ada lihat anak2 mak berjaya sepenuhnya, kongsi tawa dengan kami....tolong acu mak....tolong cepat sembuh...sayang mak dengan aban yg teramat sngat kerana mak dengan abah lah syurga acu kt dunia ni....T_T




Sunday, June 5, 2011

disini aku menimba ilmu...

untuk post kali ini aku rase nak share dan mngimbau semula tempat2 yang bermakna dalam hidupku, tempat aku menimba ilmu dan belajar menjadi manusia....

Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau, Melaka...disini aku belajar dan menimba ilmu bermula dari darjah satu sehinggalah darjah 6...terima kasih guru2 yg mngajar saya di sekolah ini...mngkin tak begitu bnyak kenangan yang menarik ketika itu kerana kau masih terlalu muda untuk mnjalankan kegilaan aku dan semestinya masih terlalu naif dalam kehidupan...jika hari ini aku bertemu teman2 ketika zaman sekolah rendah, sudah pasti aku akan mmpunyai masalah untuk mengenali mereka kerana tamat sahaja darjah 6 aku tidak lagi berjumpa dengan mereka kecuali beberapa teman yang sekampung dengan aku...

SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka...disini aku menimba ilmu dan belajar serta mngumpul pelbagai kenangan...bermula dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 atas (satu tempoh yang lama untuk aku benar2 sebati dengan sekolah ini...7 tahun lamanya..) sifat aku yg kuat mngusik dan gila2 mula terserlah ketika disekolah ini...disini aku belajar menjadi anak remaja yang baik untuk mak dan abah selain belajar untuk mnjadi pedoman dimasa akan datang...aku belajar untuk menjadi matang disini...terima kasih buat insan2 yg terlibat dalam hidupku ketika aku bersekolah disini...

Universiti Teknologi Mara Kampus Pahang...disini aku mmbuat ijazah pengurusan sistem setelah berhempas pulas belajar di sekolah...brgelar mahasiswi di sini satu hadiah buat mak dan abahku, disini aku belajar untuk berdikari dan memilih haluan hidup...bukan mudah rupanya untuk bergelar dewasa...banyak pengalaman dan kenangan yang aku kumpul bersama teman2 seperjuangan...pelbagai ragam manusia yang aku temui disini...melalui mereka aku belajar tentang realiti kehidupan...terima kasih semua...kamu semua sentiasa dihati...

fly me to the moon....


dah lama betul tak post entry baru kt blog ni...dh sedap duduk kt rumah smpai lupa nk buat aktiviti 'mngupdate' blog ni hehehhe...utk entry kali ni saye cuma nak share lagu yg saya suke sngt buat mase ni hehhe...ramai orng lain yg dh tau lagu ni, kmbar saye pun duduk mengutuk sebab saye baru je nak tersuke kat lagu ni hahaha...tajuk lagu ni fly me to the moon, masalahnye saye tak suke dgn versi and nyanyian penyanyi asal...jadi kat sini saya share versi yang saya suka heheh fly me to the moon versi drama 'you are beautiful' hehehe...