Sunday, June 5, 2011

disini aku menimba ilmu...

untuk post kali ini aku rase nak share dan mngimbau semula tempat2 yang bermakna dalam hidupku, tempat aku menimba ilmu dan belajar menjadi manusia....

Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau, Melaka...disini aku belajar dan menimba ilmu bermula dari darjah satu sehinggalah darjah 6...terima kasih guru2 yg mngajar saya di sekolah ini...mngkin tak begitu bnyak kenangan yang menarik ketika itu kerana kau masih terlalu muda untuk mnjalankan kegilaan aku dan semestinya masih terlalu naif dalam kehidupan...jika hari ini aku bertemu teman2 ketika zaman sekolah rendah, sudah pasti aku akan mmpunyai masalah untuk mengenali mereka kerana tamat sahaja darjah 6 aku tidak lagi berjumpa dengan mereka kecuali beberapa teman yang sekampung dengan aku...

SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka...disini aku menimba ilmu dan belajar serta mngumpul pelbagai kenangan...bermula dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 atas (satu tempoh yang lama untuk aku benar2 sebati dengan sekolah ini...7 tahun lamanya..) sifat aku yg kuat mngusik dan gila2 mula terserlah ketika disekolah ini...disini aku belajar menjadi anak remaja yang baik untuk mak dan abah selain belajar untuk mnjadi pedoman dimasa akan datang...aku belajar untuk menjadi matang disini...terima kasih buat insan2 yg terlibat dalam hidupku ketika aku bersekolah disini...

Universiti Teknologi Mara Kampus Pahang...disini aku mmbuat ijazah pengurusan sistem setelah berhempas pulas belajar di sekolah...brgelar mahasiswi di sini satu hadiah buat mak dan abahku, disini aku belajar untuk berdikari dan memilih haluan hidup...bukan mudah rupanya untuk bergelar dewasa...banyak pengalaman dan kenangan yang aku kumpul bersama teman2 seperjuangan...pelbagai ragam manusia yang aku temui disini...melalui mereka aku belajar tentang realiti kehidupan...terima kasih semua...kamu semua sentiasa dihati...

No comments: